This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Friday, 21 December 2012

Si GLOO beranak lima wehh!!! Ma new babies rabito...


Al-Hamdulillahhh... Hari Rabu lepas dalam jam 10pg ke 11pg tu, si Gloo selamat melahirkan 5ekor anak 'rabito' yang comel-comellll... Tak berkesempatan nak rakam video sebab sibok mengemas rumah sementara En Suami ke Sentul pergi mengambil Mak, Erin dan Nenek di Sentul.

Actually Kami perasan si Gloo tu 'bunting' dan Kami selalu dok peratikan kot bilanya lah nak bagi tanda-tanda nak beranak. Memang penantian suatu penyiksaan lah!!! Tup-tup pagi Rabu tu dah nampak tandanya bila En Suami keluar nak buang sampah kat luar sebelum bersiap-siap nak pergi kerja. Nak tau apa tandanya???



Abes bersepah bulu-bulu dalam 'cage' tu haaa.. Si Gloo mencabot bulu-bulu dia weh!!! Betol la cakap 'brader kedai pet' tu.. Si Ibu akan cuba buat sarang guna bulu-bulu dia.. Dah TOGEL jadinya si Gloo.. Hahaha hahaha hahahaa...



Ini sikit jaaa.. Kat kaki dan bawah perot tu boleh nampak kulit jaaa.. Kesiannn... Dah nampak cenggitu dengan pantasnya Kami pindahkan si Gloo ke 'rumah baru'.. Ye lah, kalau dok atas tu kang mau tergoleh ke bawah pulak kang anak-anak dia yang 'cinonet' tuh!!! Mati plak tak pasal-pasal...

As what has been told, Bapaknyer tolong si Gloo buat sarang. Pakai suratkhabar ja... Kami masokkan jugak bulu-bulu dia tu sekali..*kena la mengutipppp..* Gara-gara ni, En Suami tak pergi kerja.. Hihihihiiii... Teruja!!! Eh??? Of course dia kena 'cuti' sebab takkan Aku nak kena buat sengsorang aihhh??? Fengsan Mak kangggg... Terkial-kial sebab bukannya Aku reti sangat ponnn...



Dah siap Kami pon 'wait and see'... HHmmmpphhhh... Takder maknanya nak beranak jam-jam tuh!!! Si Glo tak abes-abes dok nyusun 'paper' tu ke sana-sini. Last-last kami biarkan dan teruskan dengan plan Kami untuk hari tuh. Tu yang terlepas 'moment' terpenting tuhhh... Tak per laaaa.. Rezeki Mak, Erin dan Nenek lah gamaknya bila mereka sampai tuh dah ada 'baby-baby' baruuuu... Suka betol!!! Semua teruja abes!!!



Kami belom bagi nama lagi. Sebab En Suami 'bajet' anak dia dua aja so nak dinamakannya SUMA & SUMI. Khahaha hahah hahahaaa... Apakemender la nama Bapaknya pilihhh... Tapi comel gakkk.. Alih-alih keluarnya 5ekor!! Amek kau!!! Aku pon berseloroh la...

"Pak, dah ada 5ekor ni apakata kita namakan aja SUMA, SUMI, SUMO, SIMI & SUMU. Boleh?"

"Hahahah hahahaha hahahaaaa...."

Pakat gelak reramai lepas tuh... Gilos ke hapa??? Nanti lah duluuuu... Tunggu bulu dah naik nanti ekkk... Kalau 'nyawa' tuh adaaa... Sok lusa kita sambong cerita lagi tengok apa perkembangan mereka-mereka nieh hokehhh... Terkini, oleh kerana anak-anak si Glo kecik sesangat Kami pindahkan sekali lagi ke dalam 'cage' yang lebih 'deep'.. Makanya anak-anak dia tak lah terkeluar dari sarang.. Masa tu baru lah si Gloo 'stop' mengitai-ngitai kertas suratkhabar tuh wehhh... Macam-macam halll...

Tunggu tauuuu... Tunggguuuuu....




No comments:

Post a Comment