Tau apa tak ni??? Aku masa kekecik, suka 'penyek-penyek' kan buah ni yang masak bertaburan jatuh ke tanah sekitar kawasan rumah 'sting-garden' dolu-doluuu... Bukan kat rumah Aku tapi rumah orang!!! Kes suka merayau main jejauhhhh.. Hehehehhh hehhhh... *nakal kannn...*
![]() |
| Bertaburan atas tanahhh... |
Bila dah kawen, masa berpantang baru aku tahu apa gunanya pokok mengkudu ni ha.. Itu pon pasal daunnya jaaaa.. Buahnya Aku haaarrraaaaammmm tak tau apa nak buat stillllll.... Mak Aku la kasi tau sebenarnya buah tu boleh dimakan untuk kebaikan kesihatan. Mak cakap buah yang masak tu lepas cuci kita potong-potong makan sambil chechah garam wehhh... AAAiiii, kecur air liur!!! Tapi sedap ker??? Tak plak Aku 'terai' ehhh... Dan lupa plak nak tanya apa khasiatnyaaa...
Alih-alih kat FB Aku terjumpa ngkauuuuuu... Ni nak nak share niehhhh...
Khasiat Buah Mengkudu
Buah
mengkudu memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Ia juga
baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba, terutamanya bagi
kaum lelaki. Ia juga dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat
kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.
- • Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol
- • Kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid
- • Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
- • Resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema
- • Gangguan penghadaman – perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan
- • Radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
- • Terseliuh dan gout
- • Bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit
- • Senggugut, gangguan haid
- • Gatal celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit
- • Awet muda
- • Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok
- • Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita
- • Meningkatkan tenaga tubuh badan
- • Mengurangkan stress (tekanan)
- • Anti-oxidant
Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu:
1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.
2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.
3. Kisar buah mengkudu itu dengan sedikit air masak.
4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya sahaja.
5. Campurkan jus mengkudu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.
6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua ini berterusan
Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Itu pasal buah. Daunnya pulak??? Tak tau banyak mana sangat tapi takat yang Aku tau aja la yaaa... Kalau rajin korang 'google' sama la ekkk... Aku dah 'capek' sebab rata-rata info yang dapat semua dari 'seberang' lorrrrr... Pening membacanyaaa.. Wakakak kakaka kakaaaa...
Khasiat Daun Mengkudu
Sebagai Daun Lapik Tungku untuk mereka-mereka selepas melahirkan. Juga boleh dimasak bersama dedaun lain sebagai Air mandian Herba. Bertujuan untuk memulihkan tenaga yang hilang serta menyegarkan diri dari kelesuan. Bab ni Aku suka sangat walaupon 'bau' dia agak kureeennngggggg di situuu... Kesan dia pada Aku memang 'superbbb...' wa cakap luuu... Infact atas sebab itu, En Suami selalu 'offer' kat kawan-kawan dia yang mana Bini baru lepas bersalin tuhhh... Cheewwaaahhh!!!
Dan juga berguna dalam proses menghilangkan Jerawat Batu. Ini Aku tak pernah buat sebab Aku tak ada jerawat batu ponnn... Errrr... Agak-agak kalau untuk hilangkan jerawat pasir buleh tak??? Ngeee...
Caranya senang jaaa.. Begini ya adik-adikkk...
1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata.
5. Sekarang, anda picitlah jerawat tu
untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan
elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan
bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan
sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.
Sumber: PETUASEJAGAT
MMMmmmm... Menarik betol tak???? Tambah menarik bila kita pon boleh gunakan daunnya dalam masakan. Penat Aku 'google' wehhh.. Satu blog ni ha kira ok pada Aku yang tak berapa nak reti nihhh.. Jengah aja la SINI kalau nak tauuu..
Sekiannnnn...


No comments:
Post a Comment