![]() |
Dalam keuzuran - DEMAM tapi masih tak lupa. Dalam berbaring tu masih berupaya Berselawat Ke atas Rasul. Sesungguhnya DEMAM ini adalah HIKMAH dari-Nya jua.
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa dia berkata:
“Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun. Demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak 360. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
والله أعلم بالصواب Sumber: Facebook
Uhukk uhukkk... *batok ngader...* Cepatlah sembuhhhhh...


No comments:
Post a Comment