This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Monday 18 March 2013

Baked Marble Choc n Cheese Cake (nak kukus pon bolehhh...)


Tiba craving for cheese cake aihhh... Tapi nak jugak makan cokelat.. Mana satu niehhh??? Cheese ker cokelat??? Ngader ndak de-dua... Toksah mimpi la nak sruh En Suami pergi membeli stakat 2 slices tu. Buat sakit hati jer tiba ntah apa-apa yang dia bawak balik nanti. So, lupakan ajaaa.. Ke dapur lah kita yaaaa... Tak reti-retiii...



Budak to memang 'over' tauuu.. Ibu yang 'ngidam' dia yang lebeyyy... Tapi takperrr.. Makan habes!!! Membuang sesaja siap la...

Resepi ni senang ajaaa.. Kok malas nak kluarkan mesin, pakai tangan ajaaa.. Whisk mannually senang.. Ingredients lagi lah senanggggg... Meh Aku share sama yaaa.. Dan jangan lupa 'moto utama' Aku yerrr.. Kita main cecampak ajaaa... Lalala lalala lalalaaa...




Bahan-bahan:

Asas kek cokelat

2 cawan tepung gandum - ayak halus
2 sudu kecil baking powder
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang (optional)
1/2 cwn gula castor  (pakai 2cwn gula castor kalau tiada gula perang)
1 cawan minyak sayur
2 biji telur sedang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa cokelat
4 sudu makan butter yang cair

1 cawan air mendidih

Cara-cara:

Satukan aja semua bahan kecuali air panas. Whisk rata-rata hingga bancuhan sebati kemudian perlahan-lahan sedikit demi sedikit masukkan air panas tadi. Ketepikan.

Asas kek cheese:

400g cream cheese
1/2 cawan gula perang/castor (ikut suka kalau nak manis lebihkan)
1 sudu kecil jus lemon
1 biji telur sedang
4 sudu besar tepung gandum


1/2 cawan susu Ideal


Cara-cara:



Satukan juga semuanya dan whisk halus sebati. Sebatian akan kelihatan agak pekat, masukkan susu ideal sedikit demi sedikit untuk melarutkannya.


Cara penyediaan:

Dalam loyang pembakar, griskan dengan butter cair. Masukkan dalam setengah ke tiga suku sebatian cokelat dahulu. Kemudian, sebatian cheese berselang seli dengan lebihan sebatian cokelat di atasnya. Lorek-lorekkan untuk kesan 'marble' yang selalu kita buat.

Panaskan oven 100c dalam 10min dahulu kemudian masak dalam satu jam api atas bawah dalam suhu anggaran 100-150c. Sejukkan dahulu sebelum masuk dalam fridge. Enak dimakan semasa chill.

Kalau nak kukus pon boleh. Buat selang-seli. Dalam acuan masukkan sebatian coklat dahulu - kukus - dan kemudian masukkan sebatian cheese - kukus - dan langkah terakhir sebatian cokelat lagi - kukus. Anggaran dalam 5-10 min untuk setiap proses menggunakan acuan besar.



As for me yang nak cepat, I main bakar je lahhh... Kukus ni leceh sikit sebab nak kena jaga api jaga air wap supaya tak menitis la bagai.. Lagipon, pengukus Mak kat atas loteng nu ha malas nak capai. Yang hado kat dalam lemari kecik na tak muekkkk..




Sedappppp... Makan pepanas dia berderai cepat so tak feeeeellllll sangat laaa.. tapi bila dah sejukkkk... Yuuummmeeehhhhh!!!! Melt in your mouth - omputeh kata lahhhh... Miahahah hahaha hahahahaa...

Makan sedap...

Ada perkara yang meeeeemmmmaaaannnnggg tak sedap kalau nak tauuuu... Huh!!!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Ngemas sinki wehhhhh... BERCHENTHA!!!!!!







No comments:

Post a Comment