This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Wednesday 20 March 2013

Apam Pisang Kukus - sorang sebijik kenyang!!!


Satu hari terasa nak makan pisang. Sekali pisang yang En Suami beli tu dah masak naaa.. Yang mana boleh makan, abeskan makan jam-jam tu jugerrr.. Selebihnya yang tak mampu nak makan simpan dalam fridge untuk elakkan 'membusuk'. Dalam kepala dah terbayang nak buat kek pisang.. Lama tak makannnn...

Sekali dok ngadap depan komputer, jumpa satu resepi ni haaaa..

Macam menarek lahhh... Harus cuba!!!!

Cumaaaa....

Kena beli satu bahan yang tak pernah guna sebelum ni..

TEPUNG PAU..







Kenapa dengan tepung pau??? Rasanya sebab ni la kottt.. Untuk hasil yang lembut dan gebu gitewww.. Selalu kalau kita buat apam kan setakat guna pakai tepung gandum biasa ja betul tak??? Kalau nak 'smooth' pon kita akan ayak kasi halus. Tapi kalau pakai teping pau ni dah tak payah ayak dahhh... Kompom halus aihhh...

Lagi satu rasanya kalau kita pakai tepung pau ni, kita akan lebih cepat rasa kenyang. Macam kuih pau la.. Mana ada orang makan sampai 3-5 bijik sekali harung??? *eh??? tak ada kan??? kan???* Miahahah hahaha hahahahaa... Tambah plak kalau apam yang nak dibuat tu 'godang-godang'... Haih... Golak-golak jugakkk... Meh nengok resepi doluuuu....




Lapisan bawah:

Bahan pertama
Isi pisang yang dilecek (ikut suka hati tp dalam 4-5 biji cukup rasanya)
1/2 sudu teh baking soda 
Sedikit esen pisang dan vanilla

Bahan ke dua
100gm gula perang
2 biji telur grade A
100gm tepung pau
1 sudu teh baking powder
60ml minyak jagung (Aku tambah melted butter dalam sesudu dua)
1/2 cwn air panas (optional)


Lapisan atas:

1 bj telur grade A
60gm gula castor (Aku campor pakai gula perang juga sebab abes stok hehehehehhhh..)
20ml air 
60gm tepung pau
sedikit garam



Cara-cara penyediaan:

Lapisan bawah, bahan pertama dan ke dua kita campurkan aja semua kecuali minyak. Whisk kaedah mannual ja senang ehhh.. Lepas tu baru baru masukkan minyak. Kalau rerasa likat na sebatian masukkan suku ke setengah cawan air panas. Ikut suka..

Dalam bekas lain, sebatikan semua bahan untuk lapisan atas. Letak tepi.

Perlukan pengukus. Masukkan setengah isi lapisan bawah kukus dalam 15min. lapiskan sebatian lapisan atas dan masukkan hirisan pisang atasnya. kukus lagi hingga masak lahhh.. Dalam 10min lebih kuranggg.. Tengok juga la size acuan sebab kalau kecil, masaknya hopcoz sekejappp...





Tengok la tuhhh... Keluar ja dari pengukus terus diserbu!!! Sorang seketol dah 'buurrrpppp...' Al-hamdulillahhh.. Selesai sudah 'supper' yaaaa... Lepas tu boleh masuk tidor, satu bilik bau pisang bila sendawaaaa... Hahahah hahaha hahahaaa...

Tak senonoh!!!



No comments:

Post a Comment