This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Friday 15 March 2013

Perginya GLOO tersayang...


Kami sudah kehilangan GLOO Kami.. Hari ini Jumaat, genap sudah 2 minggu pemergiannya yang bertarikh 1 March 2013. Hanya sempat memberinya secebis kasih sayang dalam masa 7 bulan sejak August 2012 masa Raya Puasa. Berikut adalah rentetan kisah hari-hari terakhir GLOO.



GLOO memang sakit tapi tak serius awalnya. Sakit yang sama. Kami merawatnya sendiri dan beransur pulih sedikit demi sedikit on and off. Pada bulan February 2013 (penghujung rasanya) Kami sempat memandikan GLOO bersama-sama SNOO - the hubby dan anak-anak yang lain CARAMEL, OREO, DONKEY dan MILO. See, small pic in the middle tu En Suami sapukan ubat kat Gloo???

Tapi siapa sangka kan??? Selepas seminggu, keadaan Gloo jadi serius yang mengundang kematian. Mak dan Erin ada masa Gloo mati. A few days sebelum dia mati Kami bawa dia ke VET. Masa tu mulut Gloo bengkak hingga sukar nak makan dan minum. VET tak beri harapan tinggi so the doc suggested kami berikan minuman glucose padanya sebagai penambah tenaga. Dan juga suntikan untuk sakit dia tu. 

Mulanya macam ok. But all of sudden Aku yang berada kat rumah yang selalu dok pantau dia noticed something. Anak-anak dia pon macam tau Ibu mereka sakit, selalu duduk berhimpit atas Gloo dengan muka sedih. Argghhh!!! Mata Gloo kena infection pula hingga tertutup sukar hendak melihat. Ya Allah!!! Aku panik!! Aku cuba keluarkan Gloo dari sangkar untuk mengasingkannya dari dihimpit anak-anak. Tiba-tiba dia rebah!! Meronta-ronta!!!

Aku khabarkan pada En Suami pada pagi tu. Dia sedih namun atas tuntutan kerja tak mampu berbuat apa-apa. En Suami suruh usap-usap Gloo mintak cuba tenangkan dia. Mintak tunjukkan yang dia masih disayangi walaupun begitu keadaannya. Sedih.. Kerana Kami tau masanya akan tiba...

Luch Ku beri seperti biasa namun keadaannya makin lemah. Hanya mampu terbaring. Anak-anak setia di sisi. Snoo yang berada di kandang bawah seolah-olah mengerti, mogok tak mau makan dan minum. Duduk jauh nun dalam sangkar tak keluar-keluar. Pedihnya melihat semua iniiii... Tapi tiada apa yang mampu Aku lakukan.. Selang beberapa jam selepas itu hati ini jadi tak tenteram. Meronta-ronta seperti ada sesuatu memanggil.

Atas nasihat Mak, Aku akhirnya dapat mengasingkan Gloo ke sangkar lain. Dia dah nazak masa tu.. Meronta-ronta untuk melompat keluar sangkar tapi akhirnya rebah. Aku tenteramkan dia dengan meyelimuti dadannya dengan tuala sebagai selimut. Aku tepuk-tepuk badannya lembut seperti mana Aku menepuk anak-anak Aku masa kecil untuk menidurkan mereka. Ku usap-usap kepalanya. Seluruh badannya menggigil kuat. Sakit!! Aku genggam tangannya.. Dalam hati Aku tak putus berdoa agar cepat diambil nyawanya dari terus menanggung kesakitan begitu. Mudahkan lahhhh... Ya Allah...



Tepat jam 3 petang akhirnya dia pergi jua. Kasihan melihatkan anak-anak Gloo. Tak tau bagaimana nak kata bila melihat keadaan mereka tanpa Ibu yang selama ini setia menemani. Mereka seolah memahami dalam sedih. Jelas sangat terlihat pada riak muka dan perubahan sikap mereka waktu itu. Kasihannya kamu semuaaaa....



En Suami telah ku khabarkan serta-merta. Dia sedih tak mampu berbuat apa. Lewat petang selepas pulang dari kerja baru lah Kami mengkebumikan Gloo. Berdekatan dengan tempat kami menanam seekor anaknya yang mati dulu. Adam, Aidil dan Alif tak seberapa mengerti. Bak akata Adam, Gloo tidur macam Atok. Aidil pula asyik bertanya ke mana perginya Ibu meraka si Gloo. Kenapa itu kenapa begini...




En Suami hingga menitis air mata - Aku perasan tuuu.... Sedih tak terucap kerana kehilangan. Sempat menyuruh anak-anak memberikan lambaian terakhir. Now tinggallah Snoo sendirian tak berteman. Anak-anak cuma ada sesama mereka tanpa Ibu Gloo lagi. Tabahlah.. Tabahlah semuaaa... Kerana itu semua adalah kehendakNya juaaa.. 

Jumpa lagi Gloo...

Insya-allah....







GLOO You will always be in our heart forever. 
August 2012 - March 2013

No comments:

Post a Comment