This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Sunday 21 April 2013

20th APRIL - buat Ayah...




Ayah
telah lama pergi 
meninggalkan Aku
Kami semua malahnya
yang dikasihi dan mengasihai
dalam sedar mahu sebaliknya


Biar masa berganti
lalu begitu meninggalkan sepi
jauh di lubuk jiwa
tersisa seribu penyesalan
hanya kerana Aku
masih kecewa

Ayah
doa ku panjat
seiring rindu yang menebal
mohon ampun dan maaf
diakhir kesempatan yang tiada
antara tangis yang panjang
dan sedan ini
juga sesalan hingga ke mati

Ayah
maafkan Aku
lewat waktu itu pun jua
masih tak terucap
kerana lidahku kelu
sesungguhnya
Aku Sayang Ayah

Ayah
seandainya kau tahu
dari dulu hingga kapan pun
Aku Sayang Ayah
Selamanya



( Mohtar bin Borhan 20.04.1947 - 23.04.2011 )
Selamat harijadi ke 66thn




2 comments:

  1. Al-Fatihah. Moga Allah sentiase memelihara beliau. Al-Fatihah jugak buat bondaku, 40 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihahhh.. Esok genap 2thn sudaaa.. Sama-sama lah kita TABAH yaaa...

      Delete