This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Wednesday 24 April 2013

2 TAHUN YANG BERLALU...




Semalam, 23.04.2013 genap sudah 2 tahun Ayah meninggalkan Kami semua. 2 tahun... Terasa macam baru semalam rasanya Aku berjumpa Ayah. Selalu berharap Ayah dapat hadir dalam mimpi. Tapiii... Hadirnya cuma sekali. Dengan senyuman berbunga di bibirnya. Wajah Ayah sangat muda. Manisseperti dulu-dulu.

Teringin nak pulang ke kampung. Menjengah pusara yang lama tidak dikunjungi. Insya-allah. Akan Ku cuba usahakan nanti. Pastinya kepulangan tu nanti bersama Mak dan Erin.



Hanya ini saja gambar sekerluarga Kami yang ada dalam simpanan. 7 tahun lepas saat Aku mengandungkan si Adam 5 bulan. Sejarah tinggal sejarah. Ada peristiwa sebalik gambar, biarlah menjadi lipatan kenangan sahaja. Biar kami-kami sahaja yang tau.

Masih terpahat dalam memori, pesan Arwah Ayah agar kami adik-beradik bersatu. Kalau ikutkan Ayah, dia mahu anak-anak semua tinggal bawah satu bumbung dengannya sampai bila-bila. Masakan boleh bilakala semua dah mempunyai keluarga dan tanggungjawab sendiri. Ayah... Ayahhh...

Teringat juga gurauan Ayah bila dia kata akan ke rumah orang tua-tua sebab tak mahu anak-anak susah untuk menjaganya bila dah tua nanti. Marah betul masa tu bila mendengarnya. Ada ke cakap macam tu??? Tapi niat Ayah yang tak ingin 'menyusahkan' anak-anak dia dimakbulkan Tuhan. Ayah pergi dulu sebelum kami sempat membalas jasa.. Tak sempat pun nak jaga Ayah betul-betul sebab Ayah pergi begitu cepat.

Teringat juga Ayah kerap menelipon untuk bertanya khabar cucunya. Panjang boraknya yang dah macam ayam bercakap dengan itik. Teringat kali terakhir Ayah datang ke rumah yang mana Aku sesalkan sangat. Melihat Ayah yang pada usia sebegitu masih kuat membanting tulang mencari rezeki sesuap nasi untuk anak isteri. Ayah memang kental. Tapi tak mampu nak ku suarakan apa yang Aku rasa. Lidah jadi kelu.

Teringat bebelan Ayah. Kalau marah, dia kan 'speakang omputeh' sesaja. Kami tak diajar berbahasa kasar. mencarut jauh sekali!!! Sampai ke hari ini, Aku masih tak reti menggunakan bahasa kasar itu. Tapi yang kelakarnya it is okay jika berbahasa kesat dalam English... Hihihihiii... *Ayah sahaja la..*

Teringat Ayah mula-mula mengajar Aku membaca Jawi hingga Ayah belikan suratkhabar Jawi lagi. Ayah buatkan papan hijau macam kat sekolah dari 'palywood' untuk mengajar kami. Yang herannya hanya Aku yang rajin mengikuti sampai pandai laaa.. Ayah juga mengajar dan menjadikan Aku berminat dengan 'arts'. Sana-sini dok melukis sesaja. Mengalerrrr.. Ayah ajar lukis lembu tapi jadinya kambing. Hahahaha hahahahaa... Ingat lagi..

Teringat bebelan Ayah yang tak gemarkan 'pesen' Aku kala remaja menginjak dewasa *anak dara* yang dah macam anak Cina katanya. Jangan ditanya pesen apa sebab pada Ayah dia mau anak perempuannya bertudung litup berbaju kurung. Hahahahaaa... Aku memang 'brutal' sebab degil takmo dengar cakap Ayah. Darah muda la katakannn... Tapi Al-hamdulillah, sebelum Ayah pergi Aku sempat membuatnya senyum bahagia bila mengambil keputusan untuk bertudung selepas nikah. Syukurrr..

Teringat juga bila Ayah suarakan niat agar Aku menjadi USTAZAH. Aku sambut dengan gelak sebab Aku tak minat. Hanya kerana Aku lulus subjek Agama dalam periksa. Tapi sekarang bila dikenang, kalau aku turut kata Ayah, waaahhhhh... Aku dah jadi USTAZAH dah ni.. *nyesal sikit laaaa...*

Banyaknya kenangannnn...

Betullah kata orang. Kita hanya tahu menghargai sesuatu bila ianya sudah tiada. Pengajaran yang mana semua akan menempuhnya.

Untuk Ayah, hanya doa untuk-mu agar beroleh ketenangan di sana.

Al-fatihah.


Mohtar bin Borhan
20.04.19547 - 23.04.2011




No comments:

Post a Comment