This is our PART 2 DIARY. You may have a look at PART 1 here: Diary of OTOMAN FAMILY 1 HAPPY READING!! MMmmuuuahhh...

Friday 24 May 2013

NON BAKE version of NUTELLA CHEESECAKE


Assalammualaikum..

Lamaaaa dah tak story-mory pasal makan-makan la bagai nih ek.. Lama juga tak mem-bake segala.. Sebokkkk na dek nonnn oiii... Nampak aja 'oven' tuh, berkira-kira nak buat kek la bagai. Sampai masa, dek kepenatan teros jadi malas.. Lupa kan sajaaaa... Buat taik mata lagi baik ehhh...

Malas kalu jawapnya tak makan ler, ye tak??? Hati meronta-ronta nak makan cheesecake ni, acaner tuh??? Malasss... Malassss... MMMmmm... Buat version takyah boh dalam oven ada?? Huiihhhh... Hopcoz ler adaaaaaa... Mak sesiap 'google' bagai tau.. Hampeh na sebab mostly barang-barang yang diperlukan tak adaaa.. How to??? Howww??? Howwwww????

Dun wori sebab Mak memang tak suka pepening kan kepala. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita!!! *bak kata Mak Sentul Aku tuhhh...* So, dengan apa yang ada kat dapur Ku itu, dan dengan main campak-campak hajer maka siaplah sudah keknyaaaaa... Yuuummmmeeeehhhhh!!! Mau tau cara-cara nak buat??? Sila laaaahhhhhhhh...


Nutella Cheesecake - non bake


Bahan-bahan ntuk kerak biskut di bawah:

3-4 cawan Biskut Marie dihancurkan (kasar-kasar sikit pon tak apa)
2 sudu makan serbuk koko Van Hauten
3/4 cawan melted butter (Buttercup ok sebab masin sket)
Sedikit gula halus (ikut suka)

Cara-caranya:

Satukan aja semua bahan, lepas sebati tekan-teakan bagi mampat dalam bekas pembakar (jenis bekas yang kita boleh keluarkan lapisan bawahnya itu-senang kerja ehhh..) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu. Suhu dalam 100-120 darjah celcius dalam 10 minit jaaa.. Agak-agak jugak la jangan sampai hangus. Dah cukup masa keluarkan dari oven lalu biar ia sejuk.

Tapi kalau takmo bakar pon hokeh jaaa.. Janji cukup padat dan rata. Cukop dahhh...



Bahan-bahan untuk cheese:

500g creamcheese (nak lebih sikit pon tak apaaa...)
1 cawan whipping cream
1/2 cawan gula halus or castor sugar (terpulang.. sebab nutella kan dah manis..)
1 cawan Nutella (nak lebih sikit pon hokeh.. kena kurangkan gula ja la..)
1 biji telur grade B or yang sedang sizenya
Sedikit essen vanilla dan coklat

Cara-caranya:

Whipping cream dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan cream cheese yg telah lembut pada suhu bilik bersama telur, Nutella dan essen tadi. Masa ni boleh la rasa sendiri 'manis' macam mana yang dikehendaki. Se-eloknya jangan manis sangat sebab nanti akan tambah Nutella lagi untuk hiasan ala-ala 'marble' di atas kek tu nanti.

Bancuhan kemudiannya diratakan dalam bekas pembakar yang berisi kerak biskut yang telah disejukkan tadi. Dah rata, sebagai penambah seri dengan mengguna Nutella kita cuma perlu lorek-lorekkan dipermukaan cheese tadi seperti hiasan 'marble' tuuuu... Saya guna sudu makan biasa dan pencungkil gigi. Ikut kreativiti memasing yaaa..



Siap!!!!



Chillkan dalam fridge sebelum dimakan. Nomm nomm nomm nommm...




1 comment: